User Blog

A piece of thoughts from members of Malay College website.

Jul 10
2008

Interview with Datuk Sri Hishammuddin

Posted by jakli in hari ucapan dan penyampaian hadiah

jakli
On 29 June 2008, Mingguan Malaysia interviewed Datuk Sri Hishammuddin Hussein, the Minister of Education, commenting on the MCKK Speech Day Address by DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Here's the full article in Malay:


Melayu perlu bersatu

TITAH ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ketika menyempurnakan Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 21 Jun lalu menyentuh perasaan ramai orang Melayu.

Ia dengan jelas menunjukkan keprihatinan baginda terhadap nasib orang Melayu kini dan masa depan mereka. Bagi orang Melayu yang berjaya, pesan baginda “Janganlah berperangai seperti Si Tanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Jun 29
2008

DYTM Raja Nazrin Shah's Address 2008

Posted by jakli in hari ucapan dan penyampaian hadiah

jakli

TITAH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH
DI MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2008
THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
TARIKH: 21 JUN 2008 (SABTU), JAM: 9.30 PAGI
TEMPAT: THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Bismillahi Rahmani Rahim.

Segala puji milik Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam yang menguasai segala khazanah ilmu dan lautan pengetahuan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda seterusnya kepara para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

Jun 29
2008

MCKK HM's Report 2008

Posted by jakli in hari ucapan dan penyampaian hadiah

jakli
TEKS UCAPAN PENGETUA
HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2008
THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
SABTU 21 JUN 2008

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Ampun Tuanku, Beribu-ribu ampun.

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Patik mohon perkenan Tuanku, bagi pihak The Malay College menjunjung kasih atas perkenan Tuanku ke upacara Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang penuh gilang-gemilang ini.

Patik selaku Pengetua The Malay College melimpahkan ribuan syukur ke hadrat Illahi kerana merahmatkan Tuanku mencemar duli berangkat datang memenuhi undangan pada pagi yang mulia ini.
Mar 13
2008

MCKK Catat 100% Lulus SPM 2007

Posted by jakli in SPMexam

jakli
The Malay College Kuala Kangsar terus mencatatkan kelulusan 100% dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Seramai 153 orang pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut.

21 orang pelajar mencapai keseluruhan 10 A, termasuk 6 orang yang mendapat 10 1A, iaitu kesemua matapelajaran yang diduduki.

Berikut adalah analisis keputusan SPM 2007 mengikut matapelajaran:

Jan 31
2008

Program IB di MCKK Mulai Tahun 2009

Posted by jakli in International Baccalaurette

jakli

Mengikut perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), program “International Baccalaurette Diploma” (IBD) akan dilaksanakan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) mulai Mei 2009.

IBD merupakan salah satu program pra-universiti bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, selain STPM, A-Levels, dan Matrikulasi. Walau bagaimanapun, diploma bagi program IB ini adalah rendah sikit berbanding program-program Diploma pengajian tinggi.

Sebagai permulaan, KPM memilih 2 sekolah, iaitu MCKK dan Tunku Kurshiah College (TKC) untuk menjalankan program IBD ini. Di samping itu, KPM juga membantu Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan IBD di Royal Military College (RMC).

Jan 28
2008

Takwim MCKK 2008

Posted by jakli in pibg

jakli
Penggal Persekolahan Tahun 2008

Penggal I
  1. Hari Persekolahan 03-Jan-08 hingga 07-Mac-08 (47 hari)
  2. Cuti Pertengahan Penggal 08-Mac-08 hingga 16-Mac-08 (9 hari)
  3. Hari Persekolahan 17-Mac-08 hingga 23-Mei-08 (50 hari)
  4. Cuti Pertengahan Tahun 24-Mei-08 hingga 08-Jun-08 (16 hari)

Penggal II

  1. Hari Persekolahan 09-Jun-08 hingga 15-Ogos-08 (50 hari)
  2. Cuti Pertengahan Penggal 16-Ogos-08 hingga 24-Ogos-08 (9 hari)
  3. Hari Persekolahan 25-Ogos-08 hingga 14-Nov-08 (60 hari)
  4. Cuti Akhir Tahun 15-Nov-08 hingga 04-Jan-09 (50 hari)

Cuti Balik Kampung (tertakluk kepada perubahan)

Jan 28
2008

AJK PIBG MCKK 2007-2009

Posted by jakli in pibg

jakli
Berikut adalah AJK PIBG MCKK sesi 2007-2009, berkuatkuasa mulai 8 September 2007:

Penasihat PIBG:
En. Mohd Rauhi bin Mohd Isa, Pengetua MCKK

Yang Di-Pertua:
Dato' Aminuddin bin Md. Desa

Naib Yang Di-Pertua:
Dato' Dr. Raman bin Ismail

Setiausaha:
En. Mohamad Sahimi b. Mahat, Guru (hingga Januari 2008)
Us. Ishak b. Harun, Guru (mulai Januari 2008)

Bendahari:
Pn. Norhaya bt. Abdul Manaf, Guru
Cik Norazlina bt. Mat Saad, Guru (Pembantu Bendahari)

AJK Ibubapa:
En. Abdul Razak bin Ali
En. Ahmad Redza bin Ahmad Khairuddin
Dr. Mohamad Sallehin bin Abu Bakar
En. Kamalul Ariffin bin Yusof
En. Mustaffa bin Samad
Dr. Narimah Nor Yahaya

AJK Guru:
En. Ahmad Sabri bin Abdul Ghani
Us. Zulkeply bin Hassan
En. Abdul Hisham bin Ahmad
Pn. Nahzatul Shima binti Danyal

Juru Audit Dalaman:
En. Amiruddin bin Abdul Satar
En. Nor Azamin bin Salleh

Pegawai Khas PIBG:
Tn. Hj. Ibrahim bin Meerah (013-364 6788)