Lawatan Guru SMA 7 Purworejo , Indonesia PDF Print E-mail
Saturday, 23 January 2010

Pada 18 hingga 22 Januari 2010, searamai 5 orang guru dari SMA 7 Purworejo, Jawa Tengah telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Malay College. Rombongan mereka tiba di MCKK pada 18 Januari jam 7 malam dan di raikan pada makan malam di High Table Big School. Mereka terdiri dari guru Matematik, Fizik, Biologi dan Bahasa Inggeris. Tujuan lawatan ialah untuk melihat dan menimba pengalaman guru mata pelajaran berkenaan dalam pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. (PPSMI). 

ImageImage 

Rombongan SMA 7 melawat Pejabat dan Bilik Dokumentasi MCKK

Seterusnya  pada 19 Januari mereka di bawa melawat Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Sultan Idris II, Sekolah Raja Perempuan Kelsom, Bukit Chandan dan seterusnya ke Jabatan Pelajaran Perak.Selepas itupada jam 5 petang, mereka diiringi oleh Pengetua, Penolong Kanan, Puan Nolita Abd Rahim kepekan Ipoh untuk makan di Restoren Nasi Ayam Hainan. Pada sebelah pagi 20 Januari, rombongan berkenaan melakukan pemerhatian proses P&P di kelas-kelas. Pada tengah hari, mereka bertolak ke Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra untuk mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran berkenaan di sana. Mereka bertolak pulang ke Indonesia pada 22 Januari.

Image

Di PPD Kuala Kangsar   

ImageImage

Melawat SK Sultan Idris II

ImageImage

Image

Di Jabatan Pelajaran Negeri  Perak

ImageImage

Di Restoren Chicken Hainan Ipoh

 





  

Comments (2)

Subscribe to this comment's feed

Show/hide comments
cngratz
0
assalm to all teachers and collegians.. congrltz to mckk coz listed as the 'sekolah berprestasi tinggi'...
khairul firdaus , January 25, 2010
...
0
PUTRAJAYA 25 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam usaha kerajaan mengangkat kualiti sekolah terbaik di seluruh negara ke taraf dunia.

Sekolah terbabit terdiri daripada 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemilihan SBT dibuat berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan kebitaraan, sekali gus melayakkan sekolah berkenaan menikmati kuasa autonomi tambahan.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan 30 sekolah lagi akan dipilih sebagai SBT pada tahun depan manakala 50 lagi pada 2012 menjadikan keseluruhannya 100 sekolah.

Katanya, langkah itu bagi mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.

“Kuasa autonomi tambahan itu melibatkan kurikulum fleksibel dan pemilikan bajet, antara lainnya membenarkan para pelajar cemerlang menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas.

“SBT juga diberi kelonggaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Add to Google
annuar , January 26, 2010

Write comment

smaller | bigger

busy
Last Updated ( Sunday, 24 January 2010 )
 
Next >

Random Articles

Interview with Datuk Sri Hishammuddin

Monday, 14 July 2008 | syed ahmad

On 29 June 2008, Mingguan Malaysia interviewed Datuk Sri Hishammuddin Hussein, the Minister of Education, commenting on the MCKK Speech Day Address by DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Here's the full...
+ Full Story

Annual Scholarship & Career Workshop 2009

Wednesday, 19 August 2009 | Rafizi Ramli

wproObject.write(,'param':,'embed':,'end':"end"}); The annual Scholarship and Career Workshop for the Fifth Formers was held on 1st and 2nd August 2009. The program has been carried out annually...
+ Full Story

Other Articles