| Principal's Introductory Speech |
|
|
|
| Sunday, 06 January 2008 | |
![]() PrincipalMalay College Kuala KangsarAssalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya berkesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web Rasmi Malay College Kuala Kangsar pada tahun 2006. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Malay College Kuala Kangsar sempena Perayaan 100 Tahun yang disambut pada tahun 2005. Kita akan ketinggalan jauh sekiranya tiada langkah-langkah dan strategi diambil oleh semua pihak dalam mengekalkan kegemilangannya. Semua pihak haruslah sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, kerana itulah satu pendekatan awal untuk mencapai misi dan visi yang kita idam-idamkan. Di samping kecemerlangan kurikulum, bidang kokurikulum juga tidak harus dipinggirkan. Para pelajar perlu sedar bahawa negara memerlukan pelajar yang terdidik dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan iltizam yang penuh daripada semua warga kolej, saya yakin MCKK mampu meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah, kerohanian dan kualiti pelajar kolej sejajar dengan keunggulan institusi ini sebagai sekolah primier. Saya yakin pada tahun ini kita akan mencipta kejayaan yang cemerlang dalam PMR dan SPM jika seluruh warga Malay College bersatu dan bekerjasama.
Semoga segala usaha dan cita-cita murni kita akan membuahkan kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama Malay College Kuala Kangsar. ?Sesuatu yang luar biasa itu hanya dilahirkan oleh usaha yang luar biasa". Sekian, terima kasih. En. Mohd Rauhi Bin Mohd Isa AMP, PPT.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 3640 Comments (0)Subscribe to this comment's feedShow/hide comments Write comment |
|
| Last Updated ( Tuesday, 12 August 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
Random Articles
| History of Malay CollegeSunday, 06 January 2008 | syed ahmadThe Malay College Kuala Kangsar (Malay College, MCKK, MC or Kolet, Koleq and sometimes dubbed "the Eton of the East") is a premier residential school in Malaysia. It is an all-boys and... + Full Story | The Cagers' PHT North Zone ScheduleFriday, 28 March 2008 | ihsan ismailThe Cagers will the defending their PHT North Zone Championship in SMS Sultan Azlan Shah (SERATAS), Taiping from 11 - 13 April 2008 and going for their sixth (6) consecutive championships. ... + Full Story | Other Articles | ||
NOTE


