Program IB di MCKK Mulai Tahun 2009 PDF Print E-mail
Thursday, 31 January 2008
ImageMengikut perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), program “International Baccalaurette Diploma” (IBD) akan dilaksanakan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) mulai Mei 2009.

IBD merupakan salah satu program pra-universiti bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, selain STPM, A-Levels, dan Matrikulasi. Walau bagaimanapun, diploma bagi program IB ini adalah rendah sikit berbanding program-program Diploma pengajian tinggi.

Sebagai permulaan, KPM memilih 2 sekolah, iaitu MCKK dan Tunku Kurshiah College (TKC) untuk menjalankan program IBD ini. Di samping itu, KPM juga membantu Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan IBD di Royal Military College (RMC). Di Malaysia kini terdapat 6 institusi—iaitu Kolej MARA Banting; Kolej MARA Seremban; International School of Kuala Lumpur; International School of Penang (Uplands); KDU Smart School Sdn. Bhd.; dan Mont’ Kiara International School—yang menawarkan program IBD dengan jumlah keseluruhan pelajar kini seramai lebih kurang 800 orang.

Antara rasional melaksanakan IBD adalah:
IBD adalah merupakan program pra-universiti yang di iktiraf di seluruh dunia,
Lepasan program ini ramai diterima di universiti terkemuka di dunia,
Dapat mengangkat MCKK sebagai pusat kecemerlangan belia Melayu sedunia, dan
Dapat merangsang rangkaian hubungan dan kerjasama bakal kepemimpinan Melayu global.

IBD adalah program 2 tahun dengan kurikulum antarabangsa komprehensif yang merangkumi elemen terbaik sistem pendidikan tanpa terikat kepada mana-mana negara. Ia dibina atas usaha untuk mewujudkan “common curriculum” dan pengtauliahan kemasukan universiti bagi pelajar yang berpindah antara negara. Program IBD ditadbir oleh IB Organisation Geneva. Kurikulum dan penilaian dikawal oleh pusat yang ditempatkan di Cardiff yang berfungsi mengemaskini kurikulum, melatih guru, menilai tugas pelajar, and pentaksiran.

Melalui IBD, pelajar harus dapat berkongsi pengalaman akademik yang menekankan pemikiran kritikal, kefahaman antara budaya dan pendedahan kepada pelbagai pendapat.

Bercirikan kurikulum asas dan luas disamping tiga aspek tambahan yang penting:
  1. Theory of Knowledge (TOK)
  2. Creativity, Action and Services (CAS)
  3. Extended Essay (EE)

Pelajar akan mengambil 6 (enam) mata pelajaran dari pelbagai kurikulum. Tiga adalah dari Higher Level (240 jam) dan bakinya dari Standard Level (150 jam). Kumpulan kurikulum adalah:
  1. Kumpulan 1 – Bahasa A1
  2. Kumpulan 2 – Bahasa Kedua
  3. Kumpulan 3 – Individu dan Masyarakat
  4. Kumpulan 4 – Sains Eksperimen
  5. Kumpulan 5 – Matematik dan Sains Komputer
  6. Kumpulan 6 – Seni
Meskipun program IBD menawarkan enam kumpulan matapelajaran, untuk program di MCKK, KPM mencadangkan matapelajaran pilihan dari lima kumpulan sahaja yang diambil iaitu Kumpulan 1 hingga Kumpulan 5, mengikut aliran dan pengkhususan pelajar. KPM juga telah mencadangkan 2 aliran:
  • Sains Teras: Sains Hayat dan Sains Fizikal
  • Sains Sosial: Ekonomi dan Undang-Undang

Bagi pengambilan pelajar, setiap kohort adalah seramai 100 orang bagi sebuah sekolah dalam 4 kelas. Bersesuaian dengan dasar MCKK dan TKC, hanya pelajar Melayu diterima mengikuti program ini. Juga terdapat cadangan untuk pengambilan pelajar keturunan Melayu (bukan warganegara) dari seluruh dunia (tidak lebih daripada 20% bagi setiap kohort). Pengambilan pelajar Melayu dari negara luar hanya akan dilaksanakan dalam fasa kedua.

Syarat kelayakan akademik untuk di terima masuk ke program IBD ini adalah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM; atau GCE Ordinary Level (O-Level); atau mana-mana peperiksaan yang setara dengannya.

Mengikut perancangan KPM, temuduga untuk pemilihan pelajar akan dibuat pada Disember 2008; pemilihan pelajar pada Februari 2009; pendaftaran pelajar pada April 2009; dan pembelajaran bermula Mei 2009.

Kumpulan perintis pelajar IBD akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2008 ini. Pada masa ini, pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan di MCKK bagi menampung penambahan pelajar untuk IBD kelak.

Comments (4)

Subscribe to this comment's feed

Show/Hide comments
...
0
A good program, internationally recognised. One or two comments only. Would the cohort of 800 already on the program sponsored students either by MARA, JPA or any other bodies? Then they would not be in the system for the local IPTA as they have already been chosen and sponsored What if they did not make the necesary grades to be admitted to foreign universities? What happen to the sponsor ship and where can they go locally as they are not in the STPM, Matrikulasi or diploma group to enter IPTA?
The second point is more related to the alumni. will those doing IB in MCKK will also be old boys? I presume the boys will be in MCKK and girls in TKC. Other centres have both boys and girls in IB program eg in Banting. So kalau ada girls in IB in MC would they be old girls or old boys? And the alumni known as MCOBA will be MCOBAGA (Malay College old boys and girls association?)Hmmmmm....
Prof MA Jamil , April 14, 2008
...
0
Sekadar memberi sedikit pandangan mengenai program baru kerajaan-IB di MCKK,untuk mengiktiraf student IB sbg oldboys atau tidak,terpulanglah kepada MCOBA dan pengurusan koleq,tapi ap yang sangat diharapkan,biarla pelajar lelaki sahaja di MCKK,menruskan tradisi kita..
shafizan , July 02, 2008
...
0
Tahniahlah.. mengenai program IB....Mckk dah ada pengalaman mengendalikan aliran "form six" dan " A Level [berakhir tahun 1989 kalau tak silap" Rasanya tidak ada masalah kalau ambil pelajar dari luar, kebanyakannya yang keluar dari mckk ada semangat koleq juga.Pada masa itu ada pelajar koleq form six dan a level yang datang dari sekolah ternama dari seluruh Malaysia..Walaupun x sampai dua tahun, semangat koleq lebih dominan pada diri mereka..Kenapa...? mereka juga telah melalui pengalaman harian sebagaimana budak koleq ambilan tingkatan satu dan empat.Pelajar IB juga perlu melalui pengalaman yang serupa sebagai pelajar koleq..jika tidak, mereka tidak dapat menyerap budaya [kolej life] atau mengambil pengalaman, "kolej spirit" yang menjadi falsafah kepada penubuhan asal the malay college iaitu membentuk insan yang bijaksana seperti yang terdapat pada Fiat Sapientia Virtus.Hanya menumpang "[transit]"Kalau ada semangat tu rasanya tak ada masalah kemudian jadi ahli MCOBA ke tidak..
camon koleq , July 17, 2008
...
0
Congratulations ..... perhaps this IBD programme at MCKK can be promoted throughout the South East Asian region. The old days of having Malay College Old Boys from Brunei, Southern Phillippines (the Sulu royalties) and Southern Thailand may be a reality again.
Naz MCV75 , August 08, 2008

Write comment

smaller | bigger

busy
Last Updated ( Thursday, 31 January 2008 )
 
< Prev