|
|
Pendaftaran Tingkatan 1 2010 |
|
|
|
|
Latest News
|
|
Wednesday, 20 January 2010 |
|
Pendaftaran Tingkatan 1 telah berlangsung pada 11 Januari lepas bertempat di Medan Pelajar. Pendaftaran bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Taklimat diadakan di Dewan Hargreaves dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selepas itu ibu bapa dibenarkan bersama-sama pelajar ke bandar Kuala Kangsar sehingga sebelum jam 6.00 petang. Bermula jam 6.00 petang, pelajar-pelajar melalui suasana baru di asrama Prep School.Sehingga kini seramai 107 pelajar telah mendaftarkan diri.
 
 
 
  |
|
|
DYTM Raja Nazrin's Message as Chairman of the Board of Governors |
|
|
|
|
Latest News
|
|
Tuesday, 19 January 2010 |
|
DULI YANG TERAMAT MULIA, RAJAMUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA DR. NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLANMUHIBBUDDIN SHAH,
Chairman, Board of Governors of MCKK,
January 2005 - December 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
In the Name of Allah, The Compassionate, the Merciful.
Praise be to Allah Almighty (God), who is the Cherisher and Sustainer of the Universe. May peace and blessings of Allah Almighty be upon Muhammad, the Seal of the Prophets.
2. The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) celebrated its centennial in 2005. The College was born out of the direct vision of Their Royal Highnesses the Malay Rulers who expressed concern that very few Malays were taking part in the modern administration of the States of the newly constituted Federated Malay States, as a direct result of the lack of Malay children going to modern, English-medium schools in the late nineteenth century. The Malay Rulers’ vision of setting up a special school to equip young Malays with modern education has not only become a legacy, but has inspired the Malay community to accept
progress. The College also taught the Malays that they are responsible for their own destiny. |
|
|
Malam Anugerah Kokurikulum 2009 |
|
|
|
|
Co-Curricular Activities
|
|
Thursday, 12 November 2009 |
|
Pada 24 Oktober 2009 yang alau, telah berlangsung Malam Anugerah Kokurikulum dan Jamuan Akhir Tahun 2009 bertempat di Dewan Hargreaves. Majlis ini diadakan untuk meraikan sumbangan dan kejayaan semua pihak samaada guru, staf dan pelajar yang telah megharumkan nama MCKK dalam bidang kokrkulum.Tetamu utama pada malam itu ialah YB Dato' Saifuddin Abdullah , Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau diwakili oleh En.Anand bin Baharuddin, Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi. Antara tetamu pada malam itu ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, wakil MCOBA Perak dan Dif-dif jemputan. Penyampaian hadiah diberkan kepada Kategori Permainan Terbaik, Badan Uniform Terbaik dan Unit Kokurikulum Terbaik. Sempena pada malam itu, diadakan Majlis Pelancaran Majalah 2009 oleh tetamu utama. Majlis diserkan dengan persembahan pelajar seperti tarian Kelab Budaya MCKK, Silat Cekak, Nasyid, Coral Speaking Tingkatan 1 dan Persembahan Multimedia.
 
 
 
 |
|
|
Perkhemahan Badan Uniform 2009 |
|
|
|
|
Co-Curricular Activities
|
|
Thursday, 12 November 2009 |
|
Pada 16 hingga 18 Oktober yang lalu , Unit Kokurikulum MCKK telah mengadakan satu Perkhemahan Tahunan Badan Uniform iaitu Pengakap, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia. Perkemahan tersebut telah diadakan di Jabatan Pengairan dan Saliran, Kuala Kangsar. Melalui perkemahan ini, semua peserta didedahkan dengan kemahiran pengurusan organisasi seperti kawad, mengurus masa dan sebagainya. Semua peserta yang ditemui menyatakan perasaan seronok kerana dapat mengambil bahagian dalam perkemahan ini. Antara antara aktiviti menyeronokkan ialah 'berjalan malam' sekitar Sayong Lembah dan tidur beramai-ramai dalam khemah atau di dewan terbuka.
 
 
 |
|
|
Malay College Old Boys Association
|
|
Thursday, 12 November 2009 |
|
Pada 17 Oktober 2009 yang lalu, sebahagan Old Boy tahun 1969 telah membuat lawatan 'back to MCKK'. Lawatan ini dapat mengimbau kembali kenangan mereka semasa di MCKK. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sembahyang subuh berjemaah dengan pelajar dikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh wakil 'Old Boy'. Selepas itu, , pada 'Old Boys' bersarapan di Dewan Carey. Sebagai Old Boy, aktiviti ini mengembalikan nostalgia mereka di MCKK. Pada sebelah malamnya diadakan perjumpaan dengan semua pelajar bertempat di Dewan Hargreaveas jam 8.30 malam. Ceramah oleh 'old boy' pada malam itu telah menyuntik semangat kepada pelajar untuk bersungguh-sungguh melonjakkan MCKK di persada dunia. Sempena dengan lawatan tersebut, 'Old Boys' batch 1969 telah menyumbangkan satu Sony LCD TV 52 inci, satu set komputer riba HP dan satu set komputer desktop Acer Aspire. Pihak MCKK mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Old Boys Batch 1969 di atas sumbangan tersebut.
 
 
 
  |
|
|
Latest News
|
|
Saturday, 10 October 2009 |
|
Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 2 Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara 2009
Kursus ini dijalankan di Malay College dari 9 Oktober hingga 11 Oktober. Sebanyak 11 Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara menyertai kursus ini dengan 10 peserta setiap sekolah. Peserta telah mendaftar di MCKK mulai jam 2.30 petang. Aktivti kursus pada hari pertama ialah pengenalan PRS dan kesedaran kendiri, 'ice breaking' dan pembentukan kumpulan. Pada pagi kedua, perserta akan bertolak pada jam 6.30 pagi ke Tanjung Harapan Chalet, Sauk untuk menjalankan aktiviti 'jungle tracking' dan berakit, kursus asas kaunseling, 'explorace', tazkirah serta modul hentian ilmu. Semua peserta akan bertolak pulang ke MCKK pada jam 8.30 malam. Pada hari terakhir aktiviti yang akan dijalankan ialah kursus kemahiran asas berpidato. Majlis penutup akan berlangsung pada 11.00 pagi di Medan Pelajar. |
|
|
Education
|
|
Wednesday, 07 October 2009 |
|
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009
7 HINGGA 13 OKTOBER 2009
SEMUA WARGA MALAY COLLEGE MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PMR 2009
Peperiksaan PMR bermula lagi. Pada pagi 7 Oktober, satu perhimpunan khas diadakan di Medan Pelajar untuk pelajar tingkatan 3. Kata-kata perangsang dan semangat telah diberikan oleh Cikgu Khari, Cikgu Azmi Ali(Guru Bahasa Malaysia) dan PK HEM Cikgu Fairuz Leman. Seterusnya semua pelajar tingkatan 3 diberi penutup hidung dan mulut serta membasuh tangan dengan dengan cecair pembasmi kuman sebagai langakah pencegahan wabak H1N1. Terdapat ibu bapa hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak mereka. Pelajar-pelajar tingkatan 3 dengan ceria dan yakin melangkah ke Dewan Hargreaves tempat berlangsungnya peperiksaan.
KEPADA SEMUA CALON PMR ,TEBUSLAH MARUAH MCKK
 
 

|
|
|
Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-4 2009 |
|
|
|
|
Information
|
|
Wednesday, 30 September 2009 |
|
Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-4 akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 3 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Persidangan
|
|
|
The 48th Traditional MCKK-Vajiravudh College Rugby Match |
|
|
|
|
Co-Curricular Activities
|
|
Tuesday, 29 September 2009 |
|
The 48th traditional MCKK-Vajiravudh College Rugby Match will be held
on 3th October 2009, 4 pm at the Big School field. The Vajiravudh
College Rugby contingent will be at the Malay College for four days
from 1st to 4th October 2009.
Tentative programme: |
|
|
Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat PMR dan SPM |
|
|
|
|
Information
|
|
Monday, 28 September 2009 |
|
Makluman kepada semua ibu bapa bahawa satu program Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana untuk Kecemerlangan Calon PMR dan SPM 2009 akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009 di Surau Big School. Aktiviti majlis bermula pada 7.30 pagi dengan Ibadah Aqiqah diikuti dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.30 tengahari. Majlis khatam Al-Qur'an akan diadakan selepas solat Zuhur berjemaah. Jamuan makan malam diadakan pada 6.00 petang. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bermula selepas Solat Maghrib berjemaah. Para ibu bapa dijemput hadir ke semua aktiviti majlis berkenaan.
Tentatif Program (klik Read more ) |
|
|
|